Tuesday, January 18, 2011

PERTANDINGAN MERENTAS DESA TAHUN 2011

Pada 17 Januari 2011, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan merentas desa sebagai pembuka tirai aktiviti kokurikulum tahunan sekolah. Pertandingan ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Seramai 28 orang murid lelaki dan 35 orang murid perempuan menyertai pertandingan ini. Jarak trek larian adalah 3km sekeliling kawasan Kampung Baru Pak Ba. Sebelum memulakan larian, para peserta melakukan sedikit senaman untuk memanaskan badan.




Para peserta dilepaskan oleh Tuan Guru Besar Haji Mazuki dan diiringi oleh beberapa orang guru bertugas untuk menjaga keselamatan. Selain itu, beberapa org guru menunggu di beberapa check point untuk memastikan para peserta menggunakan trek yang betul.

Majlis penyampaian hadiah diadakan di kantin sekolah. Para pemenang diberikan pingat kemenangan masing-masing yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Majulah sukan untuk sekolah.