Monday, February 18, 2013

Pengunjung bertuah PSS



Thursday, February 7, 2013

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PAI, SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & MAJLIS PENUTUP

3 - 6 Januari 2013 ~ Minggu Pendidikan Agama Islam - majlis pelancaran telah diadakan pada 3 Januari dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Hj Mazuki bin A. Ghani. Antara aktiviti yang telah diadakan pada minggu ini ialah pertandingan mewarna, melukis poster, membuat sepanduk dan kuiz.
6 Januari - Para guru dan kakitangan sekolah bersama murid-murid bersama-sama berarak di sekitar kawasan kampung sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan ini turut disertai oleh AJK Persatuan PIBG dan para ibubapa. Selesai perarakan, diadakan pula ceramah sempena Maulidur Rasul. Majlis penutup diadakan selepas semua aktiviti berakhir. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini. Terima kasih juga kepada Persatuan PIBG yang bertungkus lumus menyediakan makan minum pada hari perarakan.





Sunday, February 3, 2013

MENTOR MENTEE

3 Jan 2013 ~ Perhimpunan pagi hari ini diselit dengan Majlis Penyerahan Mentor Mentee. Seramai 11 orang murid (mentee) calon UPSR bagi tahun 2013 diserahkan kepada guru-guru(mentor) untuk dijadikan anak angkat masing-masing. Para mentor akan menjadi pengganti ibubapa, pendidik, pendorong dan pembakar semangat bagi mentee masing-masing sepanjang persekolahan. Semoga dengan program mentor mentee ini dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam semua bidang tidak kira kurikulum mahu pun kokurikulum.


KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

31 Jan 2013 ~ Telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2013. Aktiviti dimulakan dengan senaman pemanasan badan yang diketuai oleh GPK KO Encik Zulkifli. Selesai aktiviti pemanasan badan, murid-murid dilepaskan secara berperingkat. Sepanjang laluan, murid dikehendaki melalui beberapa checkpoint dan sekiranya gagal melalui checkpoint ini, penyertaan akan terbatal. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan selepas selesai kejohanan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mendapatkan hadiah dan mata untuk rumah sukan masing-masing.