Wednesday, November 16, 2011

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN

Sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011, pihak sekolah telah mengadakan satu jamuan perpisahan akhir tahun yang melibatkan semua murid SK Pak Ba 2011.







Monday, October 17, 2011

HARI KO-KURIKULUM

11-12 Oktober 2011 ~ satu program Hari Ko sekolah telah diadakan melibatkan semua murid tahap 2. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 2 hari program ini berjalan.Pada hari pertama aktiviti yang diadakan ialah perbarisan, aktiviti berkumpulan iaitu mendirikan khemah, membina gajet, memasak serta cabaran merentas halangan. Pada hari kedua pula diadakan aktiviti meredah hutan dimana para pelajar dibawa melalui kawasan hutan di kaki bukit dan berhenti rehat sambil beriadah di kawasan air terjun Bukit Kesing. 

HARI PERTAMA





























HARI KEDUA





 


Program ini berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharap program sebegini akan dapat dijalankan lagi pada tahun seterusnya.

Wednesday, September 7, 2011

"Open House" Hari Raya Aidilfitri SK Pak Ba

5 September 2011 bersamaan 7 Syawal 1433 Hijrah ~ masih lagi dalam mood beraya, pihak sekolah mengadakan Majlis "Open House" untuk meraikan Aidilfitri. Semua pelajar bergaya sakan dengan baju raya masing-masing, tak kurang juga guru-guru dan kakitangan turut sama meragakan baju raya masing-masing. Sambutan diadakan di kantin sekolah. Bagi memeriahkan lagi majlis ini, turut diadakan pertandingan "Busana Cantik dan Kemas".