Sunday, September 9, 2012

SUKAN TAHUNAN SKPB 2012

Hari Sukan Sekolah telah diadakan dengan kerjasama dari pihak PIBG dan penduduk kampung. Program ini berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


Pada sebelah paginya, pelbagai acara telah diadakan dengan penyertaan murid. Antaranya ialah pertandingan sukaneka untuk murid pra sekolah, lompat jauh, lontar peluru dan lain-lain.





Pada sebelah petangnya, diadakan aktiviti sukan untuk penduduk kampung. Antara acara yang diadakan untuk penduduk kampung ialah boling kelapa, motosikal lambat, mengupas dan memarut kelapa serta memanjat tiang licin.

Setelah semua acara sukan selesai, berlangsung pula majlis perasmian penutup hari sukan. Semua atlet bersama pasukan masing-masing membuat perbarisan lintas hormat dan bacaan ikrar kejohanan olahraga tahunan. Pada program penutup ini disampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang bagi setiap acara. Turut disampaikan sijil penghargaan kepada Pn Noraini yang sudi memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.


Monday, May 14, 2012

PROGRAM MOTIVASI 2012

10-12 Mei 2012 ~ Bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), telah diadakan program Motivasi yang di sertai oleh semua murid tahap 2. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama dari Pusat Kaunseling dan Kerjaya dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PBS) UMT. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk semua murid.



Program ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.

Sunday, March 4, 2012

Sambutan Minggu Anti Dadah 2012

Sempena minggu Anti Dadah, pihak sekolah telah menjemput pihak AADK untuk mengadakan pameran dan memberikan ceramah kepada para pelajar. Selain itu, pihak sekolah turut mengadakan pertandingan mewarna terbuka kepada semua pelajar. Majlis penutup telah diadakan pada 1 Mac 2012.



 







Wednesday, February 29, 2012

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT ZON SETIU TIMUR

Sepasukan pemain bola baling telah dihantar untuk menyertai Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Setiu Timur bertempat di SK Seri Langkap, Setiu. Sebanyak 11 pasukan dari 11 buah sekolah dibawah Zon Setiu Timur telah menghantar pasukan sekolah masing-masing untuk berentap bagi merebut gelaran juara.







Tuesday, February 28, 2012

LAWATAN BERMAKLUMAT KE PESTA BUKU

26 Feb 2012 - Pihak sekolah telah membuat Lawatan Bermaklumat ke Pesta Buku Peringkat Negeri Tahun 2012 yang telah diadakan di Terengganu Trade Center (TTC). Lawatan ini disertai oleh semua murid tahap 2. Sebuah bas sekolah telah disewa untuk membawa rombongan pelajar ke pesta tersebut. Selain melawat di sekitar tapak ekspo, murid turut dibawa berkunjung Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.







Sunday, February 19, 2012

MAJLIS PENYERAHAN MENTOR MENTEE

Sebuah majlis ringkas telah diadakan dimana 12 orang murid tahun 6 akan diserahkan untuk dijadikan mentee dan guru-guru akan bertindak sebagai mentornya. Setiap orang mentor perlu mngawasi dan membimbing mentee masing-masing untuk memastikan mentee masing-masing cemerlang baik dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum.




Thursday, February 16, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH

Sempena Maulidur Rasul, pihak sekolah diminta menghantar para pelajar untuk menyertai perarakan beramai-ramai bertempat di Padang Astaka Sungai Tarung. Pihak sekolah telah menghantar kesemua murid tahap 2 dan beberapa orang guru untuk mngikuti perarakan ini.






 

Thursday, February 9, 2012

MANTAP 2012


7 Feb 2012 ~ Satu program iaitu MANTAP telah diadakan untuk semua murid SK Pak Ba bagi tahun 2012. Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah iaitu Hjh Pn Wan Nasiah bt Wan Abdul Majid, kaunselor dari PPD Setiu untuk memberikan motivasi kepada para pelajar. Para ibubapa turut dijemput hadir bagi menjayakan program ini.








Thursday, February 2, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2012

1 FEB 2012 ~ Pihak sekolah telah mengadakan satu Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2012. Kejohanan ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya. 












Wednesday, February 1, 2012

PEMERIKSAAN REKOD KESIHATAN

1 Feb 2012 - Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, En Mohd Zulkifli telah membuat pemeriksaan rekod kesihatan untuk mengisi buku rekod kesihatan murid-murid.