Wednesday, July 2, 2014

Pengagihan Makanan Sunnah

Satu majlis telah diadakan untuk membahagikan makanan sunnah iaitu Kurma untuk semua pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita semua. Insyaallah..






Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan Kareem


Monday, May 19, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 18 Mei 2014. 2 orang pegawai dari PPD Setiu datang untuk membuat pemantauan. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk meraikan majlis ini antaranya sukaneka untuk guru-guru dan kakitangan, sukaneka murid serta persembahan murid sebagai penghargaan pada guru-guru.








Sunday, May 4, 2014

COKLAT PINTAR

Sekalong penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Syarikat Hijrah Chocolate kerana sudi menaja Coklat Minda kepada semua calon UPSR 2014 di SK Pak Ba. Semoga semua calon akan dapat meningkatkan lagi prestasi pembelajaran mereka.


Thursday, April 24, 2014

PROGRAM SMART ENGLISH PIALA YDSM

23/4/2014 ~ Sepasukan murid dihantar untuk menyertai program Smart English bertempat di SK Seri Langkap.

Sunday, February 23, 2014

HARI TERAKHIR GURU BESAR DI SK PAK BA

Hari terakhir guru besar Tuan Haji Mazuki bertugas di SK Pak Ba. Satu majlis ringkas diadakan sebelum guru besar bertolak ke sekolah baru. Guru besar menyampaikan sedikit ucapan ringkas dan bersalaman dengan semua guru dan murid. Beberapa orang guru turut sama mengiringi guru besar untuk ke sekolah barunya iaitu SK Pechah Rotan, Batu Rakit.

Sunday, January 26, 2014

MENTOR MENTEE

Untuk tahun 2014, seramai 6 orang calon bakal menduduki peperiksaan UPSR. Semua calon akan dipantau dan dibimbing oleh mentor masing-masing bagi memastikan prestasi mereka sentiasa meningkat.


Tuesday, January 21, 2014

SALAM MAULIDURRASUL 1435H

Pihak sekolah telah mengadakan sambutan sempena Maulidurrasul pada 14 Januari 2014. Semua ahli persatuan PIBG beserta para ibubapa turut dijemput bagi bersama-sama menjayakan program yang berlangsung pada hari ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah berarak mengeliling kawasan kampung sambil berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Selain intu turut diadakan sedikit ceramah, pertandingan hafazan dan melaungkan azan seta aktiviti pertandingan melukis dan mewarna poster.



Monday, January 13, 2014

PELANCARAN NILAM DAN PERASMIAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN TAHUN 2014

Satu majlis ringkas telah diadakan dimana Guru Besar telah membuat pelancaran Nilam serta merasmikan penggunaan perpustakaan sekolah. Guru besar merupakan individu pertama yang menjadi pengguna perpustakaan bagi tahun 2014.


MINGGU TRANSISI TAHUN 1


Minggu transisi Tahun 1 berlangsung dengan jayanya. Pada hari pertama, murid tahun 1 diiringi oleh guru kelas untuk ke bilik darjah dan satu majlis kecil diadakan bagi meraikan murid-murid ini. Masing-masing diberikan tag nama dan dibawa untuk mengenali kedudukan setiap bilik. Pelbagai aktiviti disediakan untuk murid tahun 1 sepanjang minggu ini.



Thursday, January 9, 2014

TRANSISI MURID PRA SEKOLAH

Selamat datang diucapkan buat semua murid yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini sebagai murid Pra sekolah. Hari pertama, para murid diajar adab-adab ketika belajar, adab masuk tandas serta adab ketika makan bersama-sama rakan-rakan lainnya.


Thursday, January 2, 2014

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014

2013 telah melabuhkan tirainya. Kita buka pula lembaran baru untuk coretan 2014. Hari pertama persekolahan bagi tahun ini di mulakan dengan ucapan Selamat Kembali Ke Sekolah dan bacaan doa bagi memulakan kelas pertama pada tahun ini. Para murid diiringi oleh guru kelas masing-masing untuk ke bilik darjah dan memulakan sesi pembelajaran.