Tuesday, March 15, 2011

KEJOHANAN BADMINTON DAERAH SETIU 2011

6 MAC 2011 - Seramai 4 orang murid dari SK Pak Ba telah dihantar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan badminton peringkat daerah Setiu yang bertempat di SMK Tengku Ibrahim.

Thursday, March 10, 2011

Pekhemahan Pasukan Badan Beruniform (NGO) Peringkat Daerah Setiu 2011

2-4 Mac 2011- Seramai 16 orang peserta telah dihantar untuk menyertai program Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (NGO) Peringkat Daerah Setiu bertempat di Kem Merbau Menyusut. Pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum program ini berlangsung. Para peserta begitu bersemangat untuk mengikuti program ini. Masing-masing menunjukkan minat dan semangat yang berkobar-kobar bagi menjayakan program ini. Semua peserta telah memulakan latihan awal untuk aktiviti kawad kaki dan persembahan malam kebudayaan. Sehari sebelum program ini bermula, para guru lelaki mengadakan gotong-royong bagi menyiapkan pelbagai gadget yang akan digunakan sepanjang perkhemahan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan tahniah buat semua peserta kerana berjaya meraih 2 pingat kejayaan dalam program ini.

Sunday, March 6, 2011

SUKAN TAHUNAN KE 11

22 Februari 2011 - Sekolah telah mengadakan Program Sukan Tahunan Kali ke 11 untuk tahun 2011. Pelbagai acara telah diadakan pada program ini . Program ini turut dihadiri oleh penduduk kampung yang turut sama memeriahkan lagi acara sukan ini.

Walaupun cuaca hujan, tetapi tetap tidak mematahkan semangat para peserta untuk menunjukkan prestasi yang terbaik dalam acara-acara yang mereka sertai. Pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang acara berlangsung.

ACARA KAKI GAJAH
 - Jalan laju-laju, kaki sudah ke depan tertinggal pula tempurung di belakang...aduhaiii....

ACARA BAWA BOLA DENGAN GELUNG
- Dalam asyik bermain, ada juga yang ketakutan nak main...macamana ni kumpulan LEKIR???

ACARA LOMPAT JAUH
- Dalam asyik melompat ada pula yang tersilap langkah

ACARA LARIAN 100 / 200 M
- Syok juga bila dapat berlari dalam air...Oh kakiku lari gagah berani...

ACARA CARI GULA-GULA DALAM TEPUNG
 - Fuhhh...fuhhhh..tiup punya tiup muka dah jadi macam kuih tepung gomok...alahai...kesiannya...

ACARA LONTAR PELURU
- Macam-macam gaya masa melontar peluru..macam menari balet pun ada...
ACARA BAWA BOLA PING PONG DALAM SUDU 
Elok-elok la bawa bola tu dik..kan daa jatuh...

Selain acara untuk murid-murid, turut diadakan acara untuk ibubapa dan penduduk kampung dan acara untuk semua staf sekolah.

 ACARA MEREBUT KERUSI
- Pelbagai ragam ditunjukkan ketika acara ini. Ada yang duduk sebelum lagu dihentikan. Ada juga yang duduk di atas riba rakan...
ACARA MOTOR LAMBAT
- Masing-masing cuba mengimbangi motor masing-masing dengan kelajuan paling minimum

ACARA TARIK TALI
- Walaupun padang berlopak dan licin, tetap tidak mematahkan semangat para peserta untuk cuba mengalahkan pihak lawan.

ACARA SAMBUT BELON AIR 
- Masing-masing berhati-hati untuk menyambut belon kerana bimbang belon jatuh dan pecah.

ACARA SAMBUT TELUR AYAM
- Macam-macam ragam para staf menyambut telur ayam masing-masing agar tidak jatuh dan pecah

 Acara perasmian penutup dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh semua atlet kontinjen rumah sukan.

Pasukan Hang Tuah
Pasukan Hang Jebat


Pasukan Hang Lekir
Pasukan Hang Kasturi
 Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Pegawai PPD Setiu, En Mohd Khalili Bin Mohd Nawi

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan turut disampaikan hadiah untuk cabutan bertuah.


DI SEBALIK TABIR.........