Tuesday, November 19, 2013

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013

13 November 2013~ Bertempat di Pentas Gemilang, telah berlangsungnya majlis gilang-gemilang yang diadakan saban tahun bagi memberi penghargaan buat para murid yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun 2013. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Zulkarnain yang mewakili YB Dato' Sabri dan pegawai dari PPD Setiu iaitu Encik Nik Danya.



Monday, November 18, 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN j-QAF

11 November 2013~Seramai 11 orang murid tahun 6 telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran j-QAF. Majlis turut dihadiri oleh para ibubapa dan ahli jawatankuasa PIBG. Para peserta telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan diketuai oleh Ustaz Che Norazharudden. Majlis turut diserikan dengan persembahan dari kumpulan nasyid sekolah. Majlis diakhiri dengan penyerahan saguhati kepada para peserta.



Monday, September 9, 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-56

4 September 2013 ~ Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-56, pihak sekolah telah mengadakan sambutan yang amat meriah. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku".Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menjayakan sambutan ini. Gimik sambutan "Kemerdekaan" dirasmikan oleh guru besar sekolah beserta laungan kemerdekaan. Nyanyian lagu-lagu patriotik dialunkan dengan penuh semangat dan ikrar dilafazkan dengan lantang. Turut diselitkan pelbagai persembahan dari murid-murid. Selain itu, diadakan pertandingan mewarna, melukis poster dan permainan untuk para ibubapa yang turut sama menjayakan majlis ini.


Tuesday, August 27, 2013

SAMBUTAN AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
~2013~


Monday, May 20, 2013

Hari Guru 2013

16 Mei 2013 ~ Sambutan Hari Guru 2013
 Guru Malaysia
"1 Aspirasi 1 Agenda"





Tuesday, May 14, 2013

Hari Ko-kurikulum 2013

Baru-baru ini telah diadakan program Hari Ko-kurikulum sekolah yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 April 2013. Para peserta terdiri daripada murid tahap 2. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah bacaan ikrar pengakap, kawad kaki, memasang khemah, pencarian harta karun, gubahan bunga (peserta perempuan) dan memasak (peserta lelaki).
Turut diselitkan aktiviti tazkirah selepas selesai sembahyang berjemaah.





Sunday, April 21, 2013

Bola Jaring Peringkat Daerah Setiu

12-15 April 2013 ~ 3 orang wakil murid dari SK Pak Ba telah terpilih untuk mewakili pasukan dari Zon Setiu Timur. Latihan pusat diadakan selama 3 hari bertempat di SK Seri Langkap manakala perlawanan diadakan pada 15 April bertempat di SK Sungai Lerek.



Thursday, April 11, 2013

Kejohanan Bola Jaring Zon Setiu Timur

8-9 April ~ Pihak sekolah menghantar sepasukan pemain bola jaring untuk menyertai perlawanan yang diadakan di SK Seri Langkap. Perlawanan ini disertai oleh hampir keseluruhan sekolah di kawasan Zon Setiu Timur.

Pasukan SK Pak Ba berjaya melayakkan diri untuk ke peringkat akhir dan alhamdulillah akhirnya berjaya mendapat tempat kedua iaitu naib johan selepas dikalahkan oleh pasukan SK Bukit Mundok yang berjaya merangkul gelaran johan bagi Zon Setiu Timur.

Selain itu, seramai 3 orang pemain dari pasukan SK Pak Ba berjaya melayakkan diri untuk bermain bagi pasukan yang akan bertanding pada peringkat daerah.



Thursday, April 4, 2013

MTQ ZON SETIIU TIMUR


2 April ~ Bertempat di SK Kampung Jaya, telah berlangsung Majlis Tilawah Al Quran untuk sekolah-sekolah Zon Setiu Timur. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita dan nasyid.

Pihak sekolah telah menghantar 15 orang peserta untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan.
Sekumpulan 9 orang murid menyertai nasyid, 2 orang menyertai tilawah, 2 orang menyertai hafazan dan 2 orang lagi menyertai bercerita.

Alhamdulillah, pasukan nasyid dan salah seorang peserta Tilawah berjaya mendapat tempat ketiga manakala salah seorang peserta bercerita berjaya menjadi naib johan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kejayaan ini dapat diulang pada tahun seterusnya.




Wednesday, April 3, 2013

Kejohanan Badminton MSSD 2013

1 April 2013 ~ SK Pak Ba telah menghantar seramai 6 orang murid untuk beraksi di gelanggang SM Sains Setiu. Walaupun tidak berjaya membawa pulang kemenangan, namun para peserta tetap membawa bersama pengalaman yang bakal dijadikan persediaan untuk ke pertandingan yang akan datang.
 

Sunday, March 31, 2013

Olahraga MSSD

11-14 Mac 2013 ~ Program sukan MSSD telah berlangsung bertempat di SMK Bukit Nenas.



Sunday, March 17, 2013

Pelancaran Minggu B.Inggeris

17 Mac 2013 ~ Pelancaran Minggu B. Inggeris oleh Tuan Guru Besar Hj Mazuki telah diadakan. Gimik penyerahan buku bahasa Inggeris diserahkan kepada wakil murid untuk pelaksanaan program ini.


Thursday, March 14, 2013

Gotong-royong

13 Mac 2013 ~ Sempena menyambut kedatangan para peserta untuk kejohanan bola sepak Zon Setiu Timur, pihak sekolah telah mengadakan program gotong royong bagi membersihkan kawasan sekitar sekolah terutamanya di padang permainan. Selain membersihkan kawasan, guru-guru turut bekerjasama membuat garisan untuk gelanggang bola sepak serta bola jaring. Walaupun cuaca panas terik, namun masing-masing tetap bersemangat untuk menyiapkan tugasan masing-masing.


Monday, March 11, 2013

LAWATAN PIHAK KESIHATAN

11-12 Mac 2013 ~ Lawatan pihak klinik kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan semua murid.


Sunday, March 10, 2013

Pelancaran Tabung Sumbangan Lahad Datu

10 Mac 2013 ~ Pihak sekolah telah melancarkan Tabung Sumbangan Lahad Datu untuk mengumpul sedikit sebanyak sumbangan dari warga SK Pak Ba. Kutipan dari tabung ini akan disalurkan kepada Tabung Wira Lahad Datu.


Gimik penyerahan kasut sukan

10 Mac 2013 ~ Perhimpunan hari ini diselitkan dengan gimik penyerahan kasut sukan yang bakal digunakan oleh para atlet sukan SK Pak Ba. Gimik penyerahan ini disampaikan oleh Tuan Guru Besar Haji Mazuki kepada wakil atlet.



Thursday, March 7, 2013

PROGRAM KO-AKADEMIK B.MELAYU

6 Mac 2013 - SK Pak Ba telah menghantar 2 orang wakil untuk menyertai program ini. Wan Nur Syahmina Mumtazah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita tahap 1 manakala Nur Atirah pula mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita tahap 2. Walaupun kedua-dua wakil gagal mendapat kemenangan, namun mereka tetap pulang membawa sijil penyertaan masing-masing.


Monday, February 18, 2013

Pengunjung bertuah PSS



Thursday, February 7, 2013

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PAI, SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & MAJLIS PENUTUP

3 - 6 Januari 2013 ~ Minggu Pendidikan Agama Islam - majlis pelancaran telah diadakan pada 3 Januari dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Hj Mazuki bin A. Ghani. Antara aktiviti yang telah diadakan pada minggu ini ialah pertandingan mewarna, melukis poster, membuat sepanduk dan kuiz.
6 Januari - Para guru dan kakitangan sekolah bersama murid-murid bersama-sama berarak di sekitar kawasan kampung sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Perarakan ini turut disertai oleh AJK Persatuan PIBG dan para ibubapa. Selesai perarakan, diadakan pula ceramah sempena Maulidur Rasul. Majlis penutup diadakan selepas semua aktiviti berakhir. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini. Terima kasih juga kepada Persatuan PIBG yang bertungkus lumus menyediakan makan minum pada hari perarakan.





Sunday, February 3, 2013

MENTOR MENTEE

3 Jan 2013 ~ Perhimpunan pagi hari ini diselit dengan Majlis Penyerahan Mentor Mentee. Seramai 11 orang murid (mentee) calon UPSR bagi tahun 2013 diserahkan kepada guru-guru(mentor) untuk dijadikan anak angkat masing-masing. Para mentor akan menjadi pengganti ibubapa, pendidik, pendorong dan pembakar semangat bagi mentee masing-masing sepanjang persekolahan. Semoga dengan program mentor mentee ini dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam semua bidang tidak kira kurikulum mahu pun kokurikulum.


KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

31 Jan 2013 ~ Telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2013. Aktiviti dimulakan dengan senaman pemanasan badan yang diketuai oleh GPK KO Encik Zulkifli. Selesai aktiviti pemanasan badan, murid-murid dilepaskan secara berperingkat. Sepanjang laluan, murid dikehendaki melalui beberapa checkpoint dan sekiranya gagal melalui checkpoint ini, penyertaan akan terbatal. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan selepas selesai kejohanan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mendapatkan hadiah dan mata untuk rumah sukan masing-masing.

Sunday, January 27, 2013

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

22 Jan 2013 - Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 telah diserahkan kepada murid-murid. Seramai 61 orang murid dari SK Pak Ba hadir untuk menerima sumbangan ini. Majlis penyerahan sumbangan ini diadakan di SMK Bukit Nenas, Sungai Tong.

Monday, January 14, 2013

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

13 JANUARI 2013 - Satu majlis penyerahan watikah pelantikan untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong ketua kelas telah diadakan dengan jayanya. Watikah ini telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar Hj Mazuki bin A. Ghani kepada semua murid yang terpilih. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah dan sempurna.



Tuesday, January 1, 2013

~2013~

2012 telah melabuhkan tirainya manakala 2013 telah membuka tirainya. Mari kita bersama-sama melukis dan mewarnai lukisan 2013 ini dengan penuh kecerian... GO GO GO 2013