Wednesday, May 25, 2011

Sambutan Hari Guru SK Pak Ba 2011

16 Mei 2011 - Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Guru dengan kerjasama penduduk kampung. Bertemakan "Guru Menjana Transformasi Pendidikan Negara", pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan ini.


 Murid-murid meraikan kehadiran guru-guru di pintu masuk pagar sekolah

Seawal pagi lagi semua murid berkumpul di pintu pagar sekolah untuk meraikan kehadiran guru-guru masuk ke kawasan sekolah. Kemudian, diadakan pula perhimpunan pelajar di mana 4 Perutusan Hari Guru telah dibacakan iaitu perutusan dari Perdana Menteri Malaysia yang telah dibacakan oleh Tuan Guru Besar, perutusan dari Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh GPK Pentadbiran, perutusan dari Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh GPK HEM dan perutusan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang dibacakan oleh GPK KO.

Penyampaian Perutusan Hari Guru

Aktiviti berikutnya ialah perlawanan bola sepak diantara guru-guru SK Pak Ba dengan penduduk kampung. Kemudian diadakan pula sukaneka iaitu boling kelapa, menggelek rim dan sambut belon berisi air.

 Boling kelapa


Gelek rim 

Sambut belon berisi air

Pihak sekolah turut menerima kunjungan 2 orang pegawai dari PPDS yang hadir untuk membuat pemantauan sempena sambutan Hari Guru.





Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU -16 MEI 2011-


SELAMAT HARI GURU
~16 MEI 2011~

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

TERIMA KASIH CIKGU!!!