Thursday, March 10, 2011

Pekhemahan Pasukan Badan Beruniform (NGO) Peringkat Daerah Setiu 2011

2-4 Mac 2011- Seramai 16 orang peserta telah dihantar untuk menyertai program Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (NGO) Peringkat Daerah Setiu bertempat di Kem Merbau Menyusut. Pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum program ini berlangsung. Para peserta begitu bersemangat untuk mengikuti program ini. Masing-masing menunjukkan minat dan semangat yang berkobar-kobar bagi menjayakan program ini. Semua peserta telah memulakan latihan awal untuk aktiviti kawad kaki dan persembahan malam kebudayaan. Sehari sebelum program ini bermula, para guru lelaki mengadakan gotong-royong bagi menyiapkan pelbagai gadget yang akan digunakan sepanjang perkhemahan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan tahniah buat semua peserta kerana berjaya meraih 2 pingat kejayaan dalam program ini.