Thursday, August 25, 2011

KREATIVITI MEMBUAT KAD RAYA

Sempena kedatangan Syawal yang mulia, pihak sekolah telah mengadakan satu aktiviti iaitu Kreativiti Membuat Kad Raya. Aktiviti ini diadakan bagi melihat dan membolehkan para murid menunjukkan kreativiti mereka masing-masing.








Wednesday, August 24, 2011

OPERASI MENAIKKAN BANNER UPSR 2011

21 Ogos 2011 - 3 keping banner dan sekeping banting UPSR telah dinaikkan di sekitar kawasan sekolah. Tujuannya adalah untuk memnerikan semangan dan sokongan kepada calon-calon UPSR yang bakal menduduki peperiksaan penting ini.









2 daripada banner ini adalah hasil tangan calon-calon UPSR ini sendiri manakala sekeping lagi ditempah khas bersama sekeping banting.

Selamat menempuh Peperiksaan UPSR dan pihak sekolah mendoakan agar anda semua berjaya..

Tuesday, August 23, 2011

BANNER UPSR

17 Ogos 2011 ~ 10 orang calon UPSR 2011 bekerjasama bagi menyiapkan 2 helai banner bagi menaikkan semangat mereka memandangkan peperiksaan UPSR semakin mendekati.






BANNER SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Terima kasih kepada murid tahun 5 dan tahun 6 yang memberikan kerjasama dalam menyiapkan banner sempena Bulan Kemerdekaan. Banner ini telah dipasang di pintu gerbang sekolah.



Monday, August 22, 2011

Ceramah Ihya Ramadhan dan Nuzul Quran

18 Ogos 2011 ~ Sebuah program ceramah telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam yang disertai oleh semua murid SK Pak Ba. Ceramah telah disampaikan oleh En. Che Norazharudden, guru j-Qaf SKPB. Selain mendengar ceramah, turut diadakan kuiz serta pertandingan mewarna.










Sunday, August 21, 2011

PELITA RAMADHAN

Ramadhan yang dinanti sudah tiba, masing-masing mula sibuk menyiapkan pelita untuk dipasang di sekeliling kawasan sekolah. Aktiviti ini dijayakan oleh murid-murid lelaki tahun 5. Aktiviti ini dimulakan dengan memotong buluh untuk dijadikan tiang menyangkut pelita.



Setelah selesai memotong buluh-buluh tadi, murid-murid tadi menyediakan pula pelita yang akan digunakan nanti. Masing-masing bekerjasama memasang sumbu pelita dan menyangkutnya pada buluh yang dipotong tadi.



Setelah semuanya siap dipasang, mereka mula memasang kira-kira 20 biji pelita tadi di sekeliling kawasan sekolah. Dengan adanya pelita-pelita ini, kawasan sekolah kelihatan lebih berseri dengan limpahan cahaya pelita sekaligus menaikkan lagi semangat menanti malam Aidilfitri.
Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan aktiviti ini.

Thursday, August 11, 2011

AKTIVITI CALON UPSR - BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT

Memandangkan  peperiksaan UPSR semakin mendekati, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan aktiviti solat hajat serta bacaan yassin yang disertai oleh semua calon UPSR. Setiap hari pada waktu pagi sebelum memulakan kelas P&P, semua murid tahun 6 akan berkumpul di surau sekolah untuk mendirikan solat hajat dan membaca surah yassin. Pada tahun ini, seramai 10 orang calon dari SK Pak Ba yang akan menduduki peperiksaan ini.





Pihak sekolah mendoakan yang terbaik buat semua calon dan SEMOGA BERJAYA!!!

Sunday, August 7, 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 54 TAHUN 2011

Sempena meraikan kedatangan bulan kemerdekaan, pihak sekolah telah mengambil inisiatif mengibarkan jalur gemilang. 2 orang guru bertugas untuk kelas ko-kurikulum bersama murid-murid tahap 2 bekerjasama untuk memasang bendera di sekitar kawasan sekolah.








Turut diadakan pertandingan mewarna jalur gemilang yang disertai oleh semua murid tahap 2. Masing-masing cuba menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing dalam pertandingan ini.



Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan pengibaran jalur gemilang tersebut.