Sunday, January 15, 2012

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

15 JAN 2012 ~ Pihak sekolah telah mengadakan satu majlis penyerahan watikah pelantikan kepada para pengawas sekolah dan ketua dan penolong darjah.


 












Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Diharap anda semua akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Tuesday, January 10, 2012

PERJUMPAAN KOKURILUM KALI PERTAMA 2012

10 Jan 2012 ~ Pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan Kokurikulum kali pertama bagi tahun 2012. Seramai 30 orang murid tahap 2 terlibat dalam perjumpaan ini. Pada perjumpaan ini, murid-murid dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan diberikan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini.




TAKLIMAT RMT

10 Jan 2012 ~ Pihak sekolah mengadakan taklimat kepada ibubapa berkenaan pemberian RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kepada murid-murid bagi tahun 2012. Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru Besar, Tn Hj Mazuki dengan dibantu oleh guru penyelaras RMT, Ustaz Mohd Zaidy. Turut hadir pada taklimat ini ialah Pengerusi PIBG sekolah iaitu En. A Majid.




Tuesday, January 3, 2012

P&P pertama 2012

Permulaan bagi tahun 2012, selepas hampir 2 bulan sekolah bercuti kini semua murid kembali dengan semangat baru untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2012. Pada tahun ini, seramai 8 orang murid mendaftar masuk ke tahun 1 dan seramai 12 orang murid akan didaftarkan sebagai calon UPSR 2012.



Pihak sekolah mengucapkan Selamat Belajar dan Semoga Berjaya.

PERHIMPUNAN PERTAMA 2012

3 JAN 2012 ~ Hari pertama persekolahan bagi tahun 2012 menyaksikan kehadiran seramai 77 orang murid di SK Pak Ba. Masing-masing kemas dan segak dengan seragam sekolah baru.

Barisan pendidik di SK Pak Ba



Para ibu turut hadir ke sekolah bagi melihat anak-anak yang baru memasuki tahun 1.
JUMLAH MURID MENGIKUT DARJAH

PRA SEKOLAH: 14
TAHUN 1 : 8
TAHUN 2 : 15
TAHUN 3 : 10
TAHUN 4 : 7
TAHUN 5 : 11
TAHUN 6 : 12

Monday, January 2, 2012

SELAMAT DATANG 2012


Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

Hari terakhir persekolahan 2011 diceriakan dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan bagi menyampaikan anugerah kepada semua murid yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2011. majlis ini diserikan lagi dengan acara persembahan daripada murid-murid.
majlis ini turut dihadiri oleh seorang wakil dari PPD Setiu, En Kamarulzaman Hamat. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis ini ialah para ibubapa yang datang bagi meraikan kejayaan anak-anak masing-masing.




Adik Mohd Zaini (Thn 1) mendeklamasikan sajak

Persembahan dikir barat oleh murid tahun 2

Sketsa dari murid tahun 4







Dalam majlis ini juga turut diumumkan kejayaan 2 orang murid tahun 6 yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. Tahniah di ucapkan kepada keduanya.

Atiqah Nurulaian Azman
Nurul Naimah Che Lias