Monday, February 28, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK Pak Ba 2011

19 Februari 2011 - Pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bertempat di Kantin Sekolah Kebangsaan Pak Ba. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ibubapa murid SK Pak Ba dan guru-guru. Turut hadir dalam menjayakan mesyuarat ini ialah wakil dari PPD Setiu, Encik Rosmadi Bin Nasir (Pegawai Khas Sukan).

Sunday, February 20, 2011

Maulidurrasul 1932 Hijrah

17 Februari 2011 - Sempena Maulidurrasul, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Semua murid dan guru serta staf sekolah turut serta dalam menjayakan perarakan ini.


Selepas perarakan berakhir, majlis diteruskan dengan aktiviti ceramah Maulidurrasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Che Norazharudden. Selain itu, turut diadakan pertandingan mengalunkan azan dan hafazan Al-Quran.


Sebagai penutup telah diadakan aktiviti penyerahan sijil penghargaan kepada semua murid dan hadiah kepada pemenang yang berjaya.

Sunday, February 13, 2011

MOTIVASI ANAK-ANAK TERBILANG DAN AYAH IBU PRIHATIN (MANTAP 2011)

10 Februari 2011 - Satu program motivasi telah diadakan untuk semua murid bersama ibubapa di SK Pak Ba. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah perjumpaan Mentor (guru) Mantee (murid) bersama ibubapa. 
Pada program tersebut juga telah diadakan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Ustaz Razalli Bin Bachik, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kampus Dato' Razali.


Program ini selesai kira-kira jam 12 tengahari. Penutup majlis ialah penyerahan sijil penyertaan kepada murid-murid yang telah menyertai program ini.








Wednesday, February 9, 2011

Selamat Bertukar dan Selamat Bertugas..

Februari 2011 menyaksikan pertukaran keluar En Shamsuri Mat Nawi ke SK Bari (Sg Tong). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan selama bertugas di sekolah ini. Selamat Bertugas di sekolah baru dan semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh komited dan dedikasi.

En Shamsuri Mat Nawi

Monday, February 7, 2011

Majlis Penyerahan dan Agihan eBOOK Murid Tahun 5 2011

Pada 1 Februari 2011, bertempat di Dewan Pekan Sungai Tong telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Agihan eBOOK kepada murid-murid tahun 5 sekolah-sekolah rendah Dun Langkap. Sebanyak 555 buah eBOOK telah diagihkan pada majlis tersebut yang telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Ashaari Bin Idris. Turut sama hadir di majlis tersebut ialah Tuan Haji Suhaimi Bin Zakaria, Pagawai Khas Ko-Akedemik sebagai wakil Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. Seramai 12 orang murid tahun 5 dari SK Pak Ba telah menerima eBOOK pada majlis tersebut.