Bermula 3 Januari 2010, minggu persekolahan telah bermula. Pelbagai ragam dapat dilihat khususnya melibatkan murid tahun 1. Pelbagai aktiviti telah diadakan khas untuk murid tahun 1. Antaranya adalah program "Ice Breaking" atau suai kenal antara murid dan guru-guru. Murid juga dibawa melawat kawasan sekeliling untuk memperkenalkan kawasan sekolah. Sukaneka dan permainan serta aktiviti melukis dan mewarna turut diadakan untuk menilai sejauh mana kemahiran dan kreativiti yang dimiliki oleh murid-murid ini.