Sunday, August 21, 2011

PELITA RAMADHAN

Ramadhan yang dinanti sudah tiba, masing-masing mula sibuk menyiapkan pelita untuk dipasang di sekeliling kawasan sekolah. Aktiviti ini dijayakan oleh murid-murid lelaki tahun 5. Aktiviti ini dimulakan dengan memotong buluh untuk dijadikan tiang menyangkut pelita.



Setelah selesai memotong buluh-buluh tadi, murid-murid tadi menyediakan pula pelita yang akan digunakan nanti. Masing-masing bekerjasama memasang sumbu pelita dan menyangkutnya pada buluh yang dipotong tadi.



Setelah semuanya siap dipasang, mereka mula memasang kira-kira 20 biji pelita tadi di sekeliling kawasan sekolah. Dengan adanya pelita-pelita ini, kawasan sekolah kelihatan lebih berseri dengan limpahan cahaya pelita sekaligus menaikkan lagi semangat menanti malam Aidilfitri.
Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan aktiviti ini.