Sunday, April 21, 2013

Bola Jaring Peringkat Daerah Setiu

12-15 April 2013 ~ 3 orang wakil murid dari SK Pak Ba telah terpilih untuk mewakili pasukan dari Zon Setiu Timur. Latihan pusat diadakan selama 3 hari bertempat di SK Seri Langkap manakala perlawanan diadakan pada 15 April bertempat di SK Sungai Lerek.



Thursday, April 11, 2013

Kejohanan Bola Jaring Zon Setiu Timur

8-9 April ~ Pihak sekolah menghantar sepasukan pemain bola jaring untuk menyertai perlawanan yang diadakan di SK Seri Langkap. Perlawanan ini disertai oleh hampir keseluruhan sekolah di kawasan Zon Setiu Timur.

Pasukan SK Pak Ba berjaya melayakkan diri untuk ke peringkat akhir dan alhamdulillah akhirnya berjaya mendapat tempat kedua iaitu naib johan selepas dikalahkan oleh pasukan SK Bukit Mundok yang berjaya merangkul gelaran johan bagi Zon Setiu Timur.

Selain itu, seramai 3 orang pemain dari pasukan SK Pak Ba berjaya melayakkan diri untuk bermain bagi pasukan yang akan bertanding pada peringkat daerah.



Thursday, April 4, 2013

MTQ ZON SETIIU TIMUR


2 April ~ Bertempat di SK Kampung Jaya, telah berlangsung Majlis Tilawah Al Quran untuk sekolah-sekolah Zon Setiu Timur. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita dan nasyid.

Pihak sekolah telah menghantar 15 orang peserta untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan.
Sekumpulan 9 orang murid menyertai nasyid, 2 orang menyertai tilawah, 2 orang menyertai hafazan dan 2 orang lagi menyertai bercerita.

Alhamdulillah, pasukan nasyid dan salah seorang peserta Tilawah berjaya mendapat tempat ketiga manakala salah seorang peserta bercerita berjaya menjadi naib johan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kejayaan ini dapat diulang pada tahun seterusnya.




Wednesday, April 3, 2013

Kejohanan Badminton MSSD 2013

1 April 2013 ~ SK Pak Ba telah menghantar seramai 6 orang murid untuk beraksi di gelanggang SM Sains Setiu. Walaupun tidak berjaya membawa pulang kemenangan, namun para peserta tetap membawa bersama pengalaman yang bakal dijadikan persediaan untuk ke pertandingan yang akan datang.